RAMALAN NABI BENAR BELAKA
Apabila ditanya mengapa orang Islam diberi tanda-tanda kiamat oleh nabi? Fadlan menjawab, supaya kita berfikir, mengambil iktibar dan peringatan. Semuanya telah disediakan oleh nabi sebaagai bekalan umatnya untuk menghadapi masaalah akhir zaman, jika tidak berlaku sesuatu apa yang perlu dikawal, diawasi dan dielakkan perkara yang dilarang.
Semua sabda nabi itu adalah ramalan dan tidak pernah berlaku pada zamannyatetapi berlaku beberapa tahun selepasnya ataupun sekarang. Sebagai contoh, Fadhan menyebutsebuah hadis, antaranya dua jenis manusia yang belum aku lihat lagi iaitu lelaki yang memegang cemeti untuk memukul orang. Yang kedua, iaitu wanita yang berpakaian tetapi telanjang dan diatas kepalanya ada bonggol seperti bonggol unta,
Jelas Fadlan, wanita yang disebut nabi itu banyak dilihat pada hari ini yang mana ia tidak pernah berlaku pada zamanya. Kemudian Fadlan menyentuh tanda-tanda kecil kiamat yang disebutkan nabi terdapat lebih kurang 50. Kebanyakan tanda-tanda kecil itu telah berlaku hari ini kecuali tanda besar sahaja belum berlaku. "Tidak ada akan berlakunya kiamat sehingga matahari terbit dari barat. Apabila terbit dari arh barat dan orang yang melihat itu mereka akan beriman. Itulah yang Allah s.w.t sebutkan tidak akan memberi manfaat pada satu jiwa keimannya,"-sahih Bukhari dan Muslim.
Kemudian ada lagi satu hadis yang juga mengambarkan bagaimana keadaanya orang Islam sebelum berlakunya kiamat. Hadis itu bermaksud,"Pada akhir zaman nanti Allah s.w.t akan hantarkan angin sepoi-sepoi bahasa dari arah Yeman yang lebih lembut dari sutera, tidak akan meninggalkan orang yang ada imannya walaupun sedikit dihatinya kecuali angin itu akan lalu dan akan menarik nyawanya."-riwayat Muslim.
Jelas Fadlan, keadaan itu terjadi sebelum berlakunya tanda besar kiamat, sebelum terbitnya matahari dari barat. Di dalam hadis ini bermaksud, orang islam akan mati semuanya sebelum tanda-tanda kiamat besar. Tanda kiamat besar hanya berlaku pada orang yang bukan islam saja.
HADIS MERUJUK SECARA UMUM
Namun Fadlan menyangkal, ada antara hadis akhir zaman yang menyebut nama orang tertentu seperti Hitler, Saddam dan Nepaleon. Dakwaan itu dibuat oleh beberapa orang yang katanya membaca hadis-hadis yang tidak tersenarai didalam 6 kitab hadis yang masyhur iaitu Sahih Bukhari, Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah, At-Tirmizi dan An-Nasa'i.
"Hadis yang menyebut nama seseorang itu ada tapi tidak banyak. Tetapi setakat ini saya belum jumpa hadis yang menyebut Saddam, Hitler ataupun Nepoleon seperti yang didakwa. Namun hadis yang disebut tentang Imam Mahdi jelas. Sabda nabi,"Namanya seperti namaku, nama ayahnya seperti nama ayahku dan keturunannya juga dari keturunanku.
"Ada satu hadis ramalan yang menyebut nama orang dengan tepat adalah Uwais al Qarni. Nabi berpesan kepada Umar dan Ali, jika kamu bertemu dengan seseorang bernama Uwais al-Qarni datang dari Yeman, maka mintalah dia mendoakan untuk kamu",terangnya.
Sumber : Majalah Al-Islam (Oktober 2010)
0 chat:
Post a Comment