Salam kepada yang rakan2 diluar sana yang yang menyokong admin (melawat) blog selama ini untuk article, movie dan drama yang menarik admin bawakan selama ini (like)....1st admin ingin mengetengahkan pelbagai artical yang admin rasa boleh dikongsikan bersama bukannya sebagai blog hiburan semata2 dan apa yang ingin admin kongsikan adalah artical yang cukup menarik untuk admin ketengahkan dari majalah Al-Islam yang admin copy type bagi sesiapa yang tidak tidak dapat membelinya...semoga kita mendapat manfaat bersama^-^p/s-isyallah jika anda menyokongnya admin akan teruskan...
Inilah jadinya apabila Yahudi mengkaji hadis tanda-tanda kiamat, ia digunakan untuk manfaat diri dan bangsanya? Kita sekadar menghitung, apa lagi yang akan berlaku dan apa yang akan terjadi. Sedikit pun tanda-tanda itu tidak mengubah kita, maksiat terus berlakudan setiap hari mencatat dosa. Adakah kita menunggu sehingga sesuatu terjadi seperti firman Allah s.w.t didalam surah Muhammad, ayat 18 yang bermaksud,"kiranya golongan yang ingkar masih tidak mahu menerima peringatan yang diberikan, maka tidak ada lagi yang mereka tunggu melainkan saat kiamat yang akan datang kepada mereka secara mengejut kerana sesunggunhya telah lahirnya tanda-tanda kedatanganya. Kalaulah demikian, maka bagaimanakah mereka dapat menerima peringatan yang diberikan kepada mereka apabila saat kiamat itu datang kepada mereka?".
Menurut Pensyarah Jabatan Al-Quran dan Al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam UKM, fadlan Mohd Othman, kemungkinan besar Nostradamus mengambil semua ramalan itu dari kitab Ibnu Khathir. Tidak mustahil kerana Ibnu Khathir banyak mengumpulkan hadis tentang awal zaman dan akhir zaman.
"Orang Yahudi memang suka pada ramalan dan akan mempelajarinya dari apa saja sumber yang ada. Mereka banyak membaca dan mengkaji tentang hadis tanda-tanda akhir zaman maka bertuahlah kerana mereka dapat ilmu itu.
"Kelemahan masyarakat Islam adalah kurang membaca dan tidak menerokai ilmu itu sedangkan sudah banyak buku yang membicarakan tentang tanda-tanda kiamat. Misalnya di Arab Saudi, banyak buku yang membicarakan tentang ramalan nabi, tanda-tanda kecil kiamat, tanda-tanda besar kiamat dan telah dibukukan hadis yang sahih tentang kiamat. Orang Islam mengambil jalan tidak mahu membacanya.
"Misalnya ada 1 hadis riwayat Muslim antara lainnya menyebut akan muncullah orang-orang gemuk atau obesiti pada akhir zaman. Perkara itu memang sudah berlaku hari ini ramai orang obesiti. Kenapa selama ini kita tidak pernah fikir cara Yahudi yang menjadikan situasi itu menjadi kenyataan melalui sistem pemakanan mereka", katanya.
TANAM POKOK GHARQAD
Fadlan tidak menafikan, mereka (Yahudi) juga tahu bahawa satu hari nanti orang Islam akan memerangi Yahudi dan akan menang. Katanya, dari hadis-hadis itulah mereka membuat persediaan yang secukupnya untuk mempertahankan diri. Apa yang berlaku ke atas Baitulmuqaddis semuanya adalah kajian mereka terhadap hadis dan ayat Al-Quran tentang kiamat. "Apabila Yahudi menyerang Palestin ada juga menteri Israel yang tidak setuju dan risau akan menerima tindak balas agresif dari umat Islam. Tapi apa yang berlaku selepas serangan itu hanyalah bantahan umat Islam sedunia sahaja. Tidak ada negara Islam yang berani menyerang balik untuk membila Baitulmuqqadis.
"Dari reaksi itu, Yahudi mula beranggapan jika sekadar bantahan saja yang boleh dilakukan umat Islam maka tidak ada halangan untuk meneruskan cita-citanya dan bukan satu kesalahan untuk diteruskan. Itulah perkara yang terjadi hari ini Baitulmuqadis dicabul sewenang-wenangnya kerana Yahudi telah mempelajari hadis bukan untuk beriman tetapi untuk kepentingan diri mereka.
Menurut Fadlan, hadis tentang kiamat terus dikaji oleh Yahudi untuk menjawab balik dakwaan orang Islam dan mempersiapkan dirinya menghadapi kebangkitan orang Islam yang akan memerangi Yahudi.
Semua itu jelas disebutkan didalam hadis sahih yang bermaksud,"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan diantara orang Islam dan Yahudi maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung disebalik batu dan pokok lalu batu dan pokok iyu bersuara dengan berkata" Wahai Muslim, wahai hamba Allah s.w.t , dibelakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya, kecuali pokok gharqad (yang tidak bersuara) kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi."-Riwayat Bukhari, Muslim dan al-Tarmizi.
Ujarnya lagi, hadis itu digunakan oleh Yahudi untuk membalas balik hujah orang Islam. Yahudi telah menyediakan jawapannya apabila umat islam menyatakan, suatu hari nanti orang Islam akan menewaskan Yahudi seperti yang nabi cakap. Orang Yahudi menjawab, "Kalau benarlah perkara itu berlaku tapi bukan kamu yang berada zaman sekarang ini,". Yahudi sudah mengetahui bahawa orang islam tidak akan menang buat masa ini kerana Muslim hari ini semuanya tidak berkualiti. Tapi suatu masa nanti apabilaa solat subuhnya sama seperti solat Jumaat, masa itu, Ya kamu akan menang ke atas kami,"ujarnya.
Dari hadis itu juga, orang Yahudi mengambil tindakan menanam pokok gharqad untuk melindungi mereka. "Sebab itulah semasa zaman nabi ada orang yahudi yang masih tinggal di Madinah kerana mereka mahu menyaksikan nabi akhir zaman. Namun apabila mereka mengetahui bukan dari Bani Israel mereka membantah. Orang Yahudi tidak boleh menerima orang arab menjadi pemimpin mereka dan berazam akan menentangnya habis-habisan. Kajian orang Yahudi agak menyeluruh dalam banyak hal tentang hadis dan Al-Quran cuma mereka sesat", jelasnya.
Bersambung..
0 chat:
Post a Comment