Part Time Job "Bit Now"

Apa Rahsia Senja Sebenarnya ?

0 chat
Menurut Pengarah Sekolah Pengajian Islam, Kolej Antarabangsa IKIP Kuantan, Dr Mahyuddin Ismail, senja adalah waktu peralihan antara siang dan malam. Allah telah menetapkan aturan khusus buat makluknya-Nya pada kedua-dua waktu tersebut. Waktu siang adalah waktu untuk manusia bekerja dan mencari rezeki manakala waktu malamnya adalah waktu untuk beristirehat dan tidur.
Firman Allah s.w.t dalam surah An Naba ayat 10-11,"Dan kami telah menjadikan malam dengan gelapnya sebagai pakaian yang melindungi, dan kami telah jadikan siang dengan cahaya yang terang sebagai masa untuk mencari rezeki".
Jelasnya lagi, jika siang adalah waktu untuk manusia keluar mencari rezeki, maka waktu malam pula adalah waktu jin dan syaitan berkeliaran untuk menjalankan kegiatan mereka. Justeru, tidak hairanlah jika pusat-pusat maksiat seperti kelab malam, rumah pelacuran, disko, fun fair, pusat perjudian, konsert hiburan dan karaoke aktif pada waktu malam. Begitu juga dengan aktiviti merempit dan lumba kereta, lebih hangat pada waktu malam.
Katanya, Rasullah s.a.w pernah mengingatkan umatnya tentang godaan dan gangguan yang datang pada malam hari. Sesunggunhnya didalam sebuah hadis nabi telah bersabda ,"Sekiranya manusia mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya mereka tidak akan berani berjalan sendirian dimalam hari". Antara tabiat syaitan ialah mereka suka berada diantara dua situasi atau 2 keadaan. Contohnya, antara siang dan malam, antara teduh dan panas terik, antara sejuk dan panas, antara hujan dan panas.
Malah ada juga larangan Nabi Muhammad s.a.w tentang duduk diantara kawasan teduh dan kawasan yang disinari cahaya matahari. Begitu juga larangan orang tua agar jangan bermain hujan panas kerana dipercayai mudah terkena penyakit demam panas. Syaitan juga suka berada diantara seorang lelaki dan seorang wanita 9bukan mahram) yang duduk berdua-duaan.
Jika dianalisis lebih mendalam, lautan yang terletak dipertembungan diantara 2 arus menjadi lokasi pilihan syaitan dan iblis untuk membina istananya. Kepercayaan bahawa segitiga bermuda iaitu kawasan yang selalu berlaku kehilangan kapal dan pesawat secara misteri kerana ia dikuasai kerajaan jin mungkin ada benarnya. Kajian sain menunjukkan kedua-duanya segi tiga tersebut merupakan kawasan pertembungan antara arus air hangat dan air dingin," jelas Dr Mahuyddin yan juga penulis buku Ahli sihir ke tali gantung.


Didalam Sahih Muslim, Nabi s.a.w bersabda "Sesungguhnya iblis meletakkan singgahsana diatas air. Kemudian dia mengutuskan para tenteranya untuk menfitnah manusia. Diantara para tentera ini, mereka yang memiliki kedudukan yang paling hampir dengannya ialah yang paling hebat dalam membuat fitnah. Begitu juga Ibnu Qayyim Al Jauzi berkata, senja ialah waktu yang paling disukai syaitan. Pergerakan syaitan pada malam hari lebih hebat berbanding pada siang hari. Sebab kegelapan malam memberikan kekuatan kepada mereka. Selain kegelapan, warna hitam turut memberikan kekuatan kepadanya yang mana pemuja-pemuja syaitan kebiasaanya memakai panji dan pakaian berwarna hitam. Rasullah s.a.w juga suruh membunuh anjing berwarna hitam yang mempunyai titik putih diatas matanya kerana ia adalah syaitan.
Sambungnya lagi, jika waktu pagi adalah waktu maanusia berpusu-pusu keluar untuk bekerja, maka waktu senja adalah waktu untuk syaitan dan jin keluar berpusu-pusu untuk menjalankan operasi mereka. Bagi menghindari dari diganggu oleh makhluk yang berkeliaran ini, maka islam menetapkan beberapa ketentuan yang boleh dijadikan sebagaai panduan keselamatan seperti yang disebut didalam hadis diatas.

Sumber : Al-Islam (November 2011)

0 chat:

Post a Comment

 

©Copyright 2011 Mediafire4all | Admin