Part Time Job "Bit Now"

Keputusan Penuh Malaysia vs Singapura 2st

0 chat
Di harapkan keputusan Malaysia VS Singapura live perlawanan kedua (2nd leg) pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 pada 28 Julai 2011 ini akan berpihak kepada Harimau Malaya meskipun ketinggalan secara agregat 3-5 kepada Singapura.


Rakyat Malaysia pastinya berharap barisan pertahanan negara yang di ketuai Aidil Zafuan akan mempertahankan kubu negara dari dibolosi sebarang gol. Kehadiran 'tangan emas' Khairul Fahmi Che Mat juga ditagih bagi mengantikan Sharbinee Allawee yang telah melepaskan 5 gol mudah.


Walaupun perlawanan Malaysia VS Singapura ini tanpa kelibat Safiq Rahim yang dikenakan kad merah, Malaysia masih ada pemain yang mampu mengalas tugas sebagai playmaker seperti Baddrol Bakhtiar, K Gurusamy dan Ismail Faruqi.

Keputusan Malaysia VS Singapura untuk perlawanan malam ini mestilah sekurang-kurangnya kelebihan 2 gol untuk Malaysia melayakkan melayakkan diri ke pusingan ketiga. Harap-harap penyerang negara mampu menjaringkan gol yang kita perlukan.


Menurut sumber, tiket perlawanan ini telah pun habis dijual iaitu sebanyak 85 000 keping tiket dalam masa 2 hari. Memang cepat betul laku. Macam goreng pisang panas ! Nampaknya rakyat Malaysia dah kembali menaruh kepercayaan kepada skuad kebangsaan.


Apa-apa pun jangan lupa menonton perlawanan ini di Stadium Nasional Bukit Jalil. Kepada yang tak dapat tiket tu bolehlah tonton Malaysia VS Singapura secara langsung (live) di TV1 dan Astro Arena saluran 801 jam 8.45 malam 28 Julai 2011 ini.



2nd leg:
Tarikh: 28 July 2011
Tempat: Stadium Bukit Jalil.

Siaran Langsung juga dibawakan oleh TV 1 dan Astro Arena pada pukul 7.30 nanti.

Keputusan Perlawanan ( 1st Half )

Malaysia ( 0 ) vs ( 0 ) Singapura

Keputusan Perlawanan ( 2nd Half )

Malaysia ( 0 ) vs ( 0 ) Singapura

0 chat:

Post a Comment

 

©Copyright 2011 Mediafire4all | Admin