Part Time Job "Bit Now"

Laskar Pelangi

0 chat




Cerita mengenai 10 orang anak miskin yang tinggal di Pulau Belitong di Sumatera dengan keadaan masa pada tahun 1970an.Pulau ini mempunyai banyak hasil bijuh timah dan aktiviti perlombongan,dan kebanyakkan orang yang bekerja adalah penduduk tempatan akan tetapi hasil keuntungan diambil orang luar.Keadaan penduduk di sini agak miskin dan hanya anak² orang yang kaya sahaja mampu ke sekolah.Pak Harfan dan Ibu Muslimah yang memegang watak sebagai guru telah bertekad untuk mendirikan sekolah untuk anak² miskin ini,tetapi memerlukan 10 orang untuk mendaftar di sekolah tersebut.Pada hari pertama hanya ada 9 orang sahaja murid yang berdaftar,jika tidak cukup 10 orang sekolah terpaksa ditutup,akan tetapi pada saat² akhir muncul seorang murid istimewa yang telah menyelamatkan mereka semua,murid itu diberi nama Laskar Pelangi oleh Ibu Muslimah.Berbagai cubaan telah mereka hadapi untuk memperjuangkan serta mempertahankan sekolah yang mereka cintai.
Film ini dipenuhi kisah tentang tantangan kalangan pinggiran, dan kisah penuh cabaran tentang perjuangan hidup menggapai mimpi, serta keindahan persahabatan yang menyelamatkan hidup manusia, dengan latar belakang sebuah pulau indah yang pernah menjadi salah satu pulau terkaya di Indonesia.


0 chat:

Post a Comment

 

©Copyright 2011 Mediafire4all | Admin